Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Selangor Tumbang Di Shah Alam , JDT mara ke Separuh Akhir

harmonikawan, April 16, 2013

JDT Bangkit Ketinggallan 2 gol untuk Membenam Selangor Melalui Sepakan Penalti

Tahniah JDT, kerana bangkit dan menumbangkan Selangor, yang terlampau yakin , walaupun bermain di tempat sendiri dan mendahului 2 gol secara agregat. Gara gara hilang fokus, dan kehebatan Leonel Nunez yang berjaya mengubah rentak perlawanan, dan seterusnye menyaksikan Muhammad Al Hafiz menjadi wira JDT menyelamatkan 2 sepakan penalti abang mahali dan gurusamy. Berikut adalah rangkuman point-point yang penting untuk dikisahkan.
leonel nunez
Leonel Nunez aka Si Boroi JDT
1) Aku di jemput oleh sepupu aku, en Haridz untuk join Ultras di CURVA, so akan datang lepas maghrib, dan terus lepak di tempat ULTRAS selalu bersorak untuk pasukan selangor
2) Aku tengok game malam ni, ramainya fans datang, tak seperti game game selangor yang biasa lawan felda. Agaknya, mungkin sebab faktor kenegerian, mereka ni suka tengok game yang best bestlah. Tapi lawaknya, bila game macam ni, kiranya dah 2 kali selangor tewas ditempat sendiri, masatu semi final lawan kelantan 2012, ramai gile datang, tapi kalah.
3) Aku tengok first half, selangor macam suka sahaja main counter attack, tetapi JDT memilih untuk menyerang dan menyerang, dan menggandakan asakan. Kiranya, Selangor berjaya  menjaringkan gol melalui pakwa kesayangan tasha shilla iaitu abe mahali jasuli. Bajet lepastu confirm nak celebrate ngan awek, tapi sayangnya, JDT yang bersorak keriangan.
4) Bagi aku, Selangor seolah-olah hilang fokus, dan terlupa, yang JDT ialah Johor Darul Comeback, mereka pernah banyak kali comeback dan menang. Sebelum Selangor, Kedah ialah mangsa mereka , dengan comeback ditempat lawan. Masa itu Guizza menjadi wira. Kali ini, Nunez pulak menjadi wira menjaringkan 2 gol.
5) Aku rasa kekalahan 2 kali kepada Selangor, banyak memberi pengajaran berguna kepada Fandi Ahmad, dan bukannya kepada Irfan Bakti. Fandi Ahmad tentunya banyak belajar, bagaimana nak melepasi benteng Selangor yang dikuasai oleh Nasriq, beserta 2 defensive midfielder veenod dan gurusamy.
6) Taktikal Fandi kali ini menjadi, dengan menekan Selangor sampai player seperti forkey dan nasriq injured, Selangor seakan akan hilang fokus, ditambah lagi dengan 4 player JDT yang berbahaya, Mat yo, Safee Sali, Nunex dan Andre Francisco Da Silva. Terus kucar kacir player selangor nak bertahan.
7) Kesilapan besar Haji Irfan Bakti ialah tidak memasukan seorang lagi defensive midfielder atau bermain 3 center back, ala ala Real Madrid lawan Barcelona. Aku rasa irfan seperti memandang rendah kehebatan Andre dan Nunez, dan ternyata, 4 penyerang dalam satu pasukan, memusnahkan harapan Selangor untuk merangkul satu piala.
8) Irfan Bakti juga, suka dengan cara counter dan bertahan. Tapi cara ini banyak kali akan makan tuan. Ingat tak dulu, masa Terengganu hampir pasti menggenggam Piala Malaysia, Negri Sembilan bangkit dengan jaringan Kunalan dan Hairudin Omar . Masa itu, Negri Sembilan menguasai bola dan sering melakukan serangan ke atas kubu lawan.
9) Kemasukan Sukor Jusoh dah terlambat, kerana penyerang seperti Amri dan Ramzul kepenatan dan hilang punca. Faktor tertekan adalah kerana , mereka dikejar oleh JDT, yang berjaya menukar tekanan balik ke Selangor.
10) Norazlan kali ini terpaksa akur dengan kehebatan Muhammad Al Hafiz, yang berjaya menyelamatkan 2 sepakan penalti Selangor. Aku dah agak dah, sebab tengoklah siapa cikgu al hafiz, Khairul Azman, berbanding Azmin Azram untuk jurulatih gol keeper Selangor.
11) Tadi, tak sangka, ramai pulak nak bernyanyi bersama Ultras Sel yang sering tak ikut rentak SSFC. Semuanya mengikut, bila tengok Selangor makin tertekan. Fans bila dah kalah, mula bersatu hati dan memberikan sokongan padu kepada penonton. Aku cuma duduk rilek dan menganalisa perlawanan tadi.
12) Fans JDT pulang gembira, tapi rasanya ada dikhabarkan satu insiden fans selangor tahan bas fans JDT. Hahahha. memang gila, dah kalah tu, terimalah hakikat.

Related

Related Posts:

  • Gergasi Hidup kembali Selepas Kena Tembak
  • Gajah Kena Sembelih Di Shah Alam
  • Selangor Bangkit Lagi, ATM Tersungkur Di Shah Alam
  • Taktik Negatif Irfan Bakti
  • Kehadiran Cuma 4000 Orang Je Untuk Selangor vs…
  • Seri Berseri Pasukan Selangor 2013
  • Amri Yahyah Berjoget Tanda Protes
  • MEHMET DURAKOVIC - Piala Malaysia Dan Stadium Shah Alam
  • T-Team Mangsa Pertama Tiki-Taka Selangor
  • Peluang Kelantan dan Selangor dalam AFC CUP 2013
SUKAN

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes