Kelantan vs Darul Takzim FC

KIJANG DIIKAT HARIMAU SELATAN

Keputusan perlawanan semalam berkesudahan dengan Kelantan seri menentang harimau selatan, darul takzim FC. Selain dari permainan yang agak menghiburkan, ada juga beberapa insiden, sampai penyokong harimau selatan terpaksa diiringi polis untuk keluar dari stadium. Aku yang duduk tengok kat rumah jelah, sambil sambil kemas ofis business kami untuk tahun baru ni. Oklah, rasanya keputusan semalam ialah kelatan seri dengan darul takzim fc, 1-1. Gol kelantan dijaringkan oleh farhan dan Dani Guiza menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua. Aku seperti biasa nak komen sikit pasal perlawanan semalam.

analisa kelantan vs jdt

FARHAN LEBIH LAYAK JERSI NOMBOR 10 MALAYSIA

Gol cantik farhan dari hasil gerakan tengah padang, membawa bola ke kawasan lawan dan seterusnya melepaskan tembakan cantik dan menerjah gawang harimau selatan. Kelibat farhan agak konsisten berbanding safeee sali, yang juga tidak kurang hebatnya dengan lipatan 2 kali dalam perlawanan serta beberapa peluang keemasan yang dimilikinya. Safee Sali seperti biasa belum menemui rentak permainan sebenarnya. Farhan juga memiliki banyak peluang, tapi disia-siakan.

PIYA DAN SYAKIR LEBIH MENYERLAH DARI SAFIQ RAHIM DAN AWE

Kelibat Piya dan Syakir dalam game kalini, membuktikan kelantan akan terus dominan, dan ianya satu isyarat kepada jurulatih malaysia untuk mengambil piya dan syakir untuk mengemudi jentera serangan Malaysia. Safiq dan Awe nyata tenggelam, dan tidak banyak menghasilkan gerakan-gerakan cantik. Dan juga beliau jarang menghasilkan tendangan jarak jauh berbanding piya yang nampak garang ketika menyerang. Malam tadi melihatkan kawalan bola piya lebih kemas, dan semestinya Syakir berjaya menjadi defensive midfielder dan ball winner terbaik untuk pasukan kelantan. 

KEITA MANJO DIBAYANGI DANI GUIZA

Keita Manjo masih mencari rentak permainan walaupun sekali sekala menghasilkan gerakan cantik dan passing menarik untuk farhan. Ianya tidak cukup untuk melawan pemain terbaik Darul Takzim FC semalam iaitu Dani Guiza, yang merembat kencang mengalahkan Khairul Fahmi Che Mat untuk gol penyamaan harimau selatan. Dani Guiza lebih cemerlang juga dengan menggerakkan serangan bertali arus ke kubu pasukan kijang, dengan Obi Nwaneri dan Daudsu terpaksa bekerja keras mengekang asakan johor. Yang paling menyedihkan ialah Keita Manjo terpaksa keluar dari padang kerana mengalami kecederaan dan nampak tidak cergas untuk perlawanan kelantan seterusnya.

PERSEFAHAMAN KELANTAN LEBIH BAIK

Kita boleh tengok, bagaimana team TSAM ni yang sudah dibentuk lamanya berjaya menghasilkan satu persefahaman yang baik untuk mengekang asakan harimau selatan. Fandi Ahmad juga perlu membuat sesuatu, supaya jurang permainan pemain bintang dapat diikuti dan disebatikan dalam pasukan selatan itu jika mereka ingin merebut piala liga super tahun ini.

JOHOR AKAN BANGKIT ?

Sekian sahaja untuk kalini edisi bola dari faizsaaid.com. Game semalam tidaklah mencapai tahap yang baik, bak kata haji zainal abidin rawop, cuma 60% sahaja. Tapi ia tetap menghiburkan, kerana perlawanan ini adalah epik yang akan berlaku kerana pasukan jolokan manchester city malaysia ini akan membuatkan semua peminat bolasepak tanah air akan tertumpu dengan kelibat mereka di padang. Dan tidak lupa juga cerita sensasi dari pemain bintang darul takzim FC akan mewarnai dunia bola sepak negara kita.

Post Comment