Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Terima Kasih Irfan Bakti

harmonikawan, August 29, 2013
Terima kasih Irfan Bakti yang telah bersama-sama Selangor selama 2 tahun, membimbing pasukan Selangor dalam kancah liga tempatan. Skuad Gergasi nampaknya terlebih makan kuih raya, lemang, sampai habis kena tapau dengan Sime Darby 3-0. Apapun, sikap Irfan bakti untuk mengundurkan diri sangat sangat aku puji, dia bertanggungjawab atas kelemahan dan kemerosotan pasukan Selangor. Nampaknya pengurusan FAS tentu nak mencari bintang-bintang baru, dan jurulatih baru. Oklah jom kita tengok beberapa gosip panas yang keluar kat facebook baru-baru ini 
Irfan,Bakti,Letak,Jawatan,Selangor,bolasepak,sukan
Irfan Bakti

Sathianathan Bakal Ganti Irfan

Jurulatih tentera , kelantan dan Malaysia ni, dikatakan antara calon yang bakal gantikan Irfan di Selangor. Kiranya antara jasa terbesar Sathia ialah tentunya membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah bolasepak Malaysia. Dulu juga Sathia pernah menjulang piala ketika Pesta Bola Merdeka. Tapi sejarah menunjukkan kekejaman FAM yang menghukum Sathia 6 bulan kerana hanya mengkritik jadual perlawanan. Ayat paling gua ingat sampai sekarang tentunya dia kata “Pemain Kelantan Lembik “

Selangor Akan Bawa Pemain Bintang ?

Hahhaa, aku tergelak besar, nampaknya pasukan Selangor betul -betul percaya bintang-bintang boleh selamatkan mereka. Aku sedih sekali, kerana di mana pelaburan Selangor selama ini ? Ke mana duit -duit yang pergi ? Aku sedih sekali kerana tiada bakat-bakat baru anak Selangor yang boleh menggalas tugas untuk mewakili Selangor. Kiranya nasib baik Mahali Jasuli nak main dengan Selangor kerana idolanya Azman Adnan. Stadium besar yang keramat, kosong dan terus kosong, time game best je baru penuh. Macam mana promosi yang FAS buat ? Apa yang FAS buat selama ni ? Bagi aku , skuad 1995-1997 memang terbaik, aku rasa time tu memang banyak gila bakat baru yang Selangor gilap, dan berjaya menggondol Piala Malaysia , beserta dengan management yang baik. Tapi zaman sekarang, aku akur, bolasepak kita tiada yang dominan, kejayaan 32 kali, bukanlah penentu kepada kekuatan Selangor !!

Pentingkah MISI -33 ?

Bagi aku, sudah tiba masanya Selangor pandang ke hadapan. Cuba tengok kepada syarat terbaru kepada kelayakan AFC Cup. Hanya juara Liga Super dan juara Piala FA sahaja yang boleh bermain di AFC Cup. Aku lebih suka Selangor fokus untuk membentuk skuad terkuat di rantau ASIA. Ini penting untuk kemajuan bolasepak negara sendiri. Sudah tiba masanya, maybe Piala Malaysia, Piala FA, kita boleh guna untuk mengcukil bakat-bakat baru. AFC Cup. Bersediakah Selangor untuk membentuk batu asas baru bagi bolasepak negara ? Sudah masanya Selangor mencari dan terus menggali bakat baru bolasepak, sekurang kurangnya berusia dalam 19 tahun ke atas, kerana mereka ini akan berjaya menjadi Nadi baru bolasepak Selangor. 

Pendapat hanya Pendapat

Macam biasa, ini hanya pendapat aku. Selangor sudah tiba masanya untuk membina kembali batu asas bolasepak Moden, dan bukannya mengharapkan Sejarah Mokhtar Dahari, Arumugam, dan 32 kali menang Piala Malaysia. Caranya mudah, LUPAKAN KEJAYAAN SILAM, dan BINA KEMBALI BATU ASAS BARU. Dulu KRU buat lagu untuk Selangor, sekarang, hanya Tasha Shilla je yang sayang Mahali selangor, artis lain, hmm, jarang nak pakai Jersey Selangor. Kalau JDT tu, berlambak !!!
Pesanan TERAKHIR , TURUN STADIUM !!!!

Related

Related Posts:

  • Irfan Bakti : Jurulatih FELDA Yang Layak Ke Final…
  • Taktik Negatif Irfan Bakti
  • Sayonara MISI 33
  • Seri Berseri Pasukan Selangor 2013
  • Peluang Kelantan dan Selangor dalam AFC CUP 2013
  • MEHMET DURAKOVIC - Piala Malaysia Dan Stadium Shah Alam
  • Selangor Tumbang Di Shah Alam , JDT mara ke Separuh Akhir
  • Gajah Kena Sembelih Di Shah Alam
  • Bola Sepak: Pilihan Terbaik Malaysia oleh Faiz Saaid
  • Catuan Air ESOK ?
SUKAN

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes