Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

MYSPACE NINJASENI

harmonikawan, June 27, 2024June 27, 2024

Selepas melalui zaman paling teruk di UTM, satu semester gagal mendapat pointer 3 ke atas, akhirnya aku memang nak slowdown main muzik masa tahun akhir. Jadi jawabnya aku dah jarang join houdinix di UTM untuk membuat persembahan. Tapi biasalah cakap memang senang kan ? Tapi godaan menjadi lebih gile bila cuba bergerak solo. Tak sangka pula masa itu naik pula myspace yang cuba mengatasi friendster.

Apa yang gile pasa myspace ini ialah dia punya layout tuh kau boleh letak muzik yang kau suka. Ada satu bahagian kau boleh jadi manusia biasa atau jadi artis. Di situ aku try buat biasa, dengan nama ninja gaban. Aku ada lagi email guna nama ninja gaban tuh. Jadi aku buat youtube, dan upload video pertama aku bersama abang aku. Jadi aku main harmonika dan gitar dan abang aku main perkusi. Cubalah promote kaw kaw video tuh, hahhaha.

Jadi ada satu masa tuh, aku nak bergerak solo, cuba main macam macam alat muzik selain harmonika. Sebab masa dekat UTM, aku dah main bass, akustik gitar, keyboard dan juga violin. Jadi aku nak kekalkan nama ninja, aku tambah lagi seni dekat belakang. Dapatlah nama NINJASENI. Apa yang best pasal nama nih ? Aku betul betul jadi macam ninja. Senjata utama aku ialah blues harp, tapi yang bestnya senjata lain pun aku standby juga.

Yang menjadi lebih gila memang aku bergerak sebagai ninja. Aku ada sahaja di mana mana. Aku sentiasa bawa senjata aku bersama. Aku approach ramai orang untuk bersama perform. Sebenarnya aku terpengaruh juga dengan idea Kenny Wayne Sheperd, gitaris blues terkenal di amerika sana. Ada satu album tuh, dia jamming dengan semua otai blues dekat USA, termasuk legenda BB King. Aku pun sama juga, aku pun nak juga jamming bersama sama otai otai muzik, tak kisahlah dari mana sahaja mereka berada.

Ramai gila orang aku jumpa, kalau aku listkan, aku bertuah dapat jamming dengan mereka nih. Layan gile, setiap depa nih ada je skill masing masing, muzik masing masing, dan kerja aku ialah tiup harmonika sesuai dengan muzik mereka. Selain itu juga aku pun dah mula berani mainkan lagu sendiri, cuba open mic sana sini, dengan lagu solo ciptaan aku sendiri. Hhahaha, memang layan zama sebelum bujang nih.

Dari situ aku cipta nama ninjaseni, walaupun nama ni tak naik dekat poster event, tapi itulah aku, sentiasa ada sahaja . Memang aku bergerak secara ninja. Senyap senyap ada je aku bawa bangsi hikmat aku. Jadi kekuatan aku terus fokus pada blues harp walaupun aku bermula dengan gitar kapok sahaja.

Related

Related Posts:

  • SATU SEM GAGAL DAPAT 3 POINTER
  • Dari HOBI Menjadi NINJASENI
  • LEPAK DENGAN OTAM
  • Reggae Bumi Kenyalang
  • LO-FI MOHD JAYZUAN
  • Perjalanan 1712
  • ROCK N ROLL HOUDINIX
  • PAKTAM BLUEZY MOODY
  • Nak Anak Sarawak
  • CHONG AH KAW
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes