Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN
doa

DOA – Bukannya Allah Tak Makbulkan , Tapi Tak Seindah Yang Di Sangka

harmonikawan, July 6, 2018

BILA ALLAH NAK MAKBULKAN DOA KITA, BUKANLAH INDAH CARANYA

Macam macam cerita yang dibaca melalui newsfees muka buku, dari cerita budak yang dikatakan diketuk pengasuh,bekas pemimpin yang didakwa difitnah, isu gambar praperkahwinan seorang pondan, dan macam macam lagi hal dunia, termasuklah piala dunia.

Saya dan isteri tak terlepas untuk kami jadikan topik perbualan dalam kereta, hanya geram menikam yang kami luahkan bersama, dan bukanlah pilihan kami untuk mengeluarkan kata kata kesat di media sosial, dan juga media bercetak.

Ada satu isi penting yang tiba tiba terlintas, adakah peristiwa yang berlaku itu adalah satu petunjuk kepada doa yang sedang dimakbulkan ? Maknanya , Allah nak penuhi permintaan kita, tapi bukanlah dengan cara yang indah, tapi melalui liku yang perit, yang dinamakan ujian. Rasulullah kan berdoa ingin ke syurga, tapi jalan yang dilaluinya , oh doa senang, tapi cabarannya sukar.

Ada satu kisah, di mana saya sempat mendengar Heliza Helmi bercerita, di mana dia pernah berdoa kepada Allah, nak mati syahid. Jadi Allah pun datangkan kereta kebal israel datang ke kem yang dia lawati di palestine. Masa itu dia jadi takut pula, terus berlindung dan hanya mampu berdoa semoga dia selamat. Akhirnya, dia pun lama kelamaan baru tersedar, yang Allah nak tunjukkan jalan kepada doa yang diminta, tapi dia pula terlupa, dan tak sanggup nak menghadapi ujian tersebut.

Kami pun pernah berdoa, untuk bebas hutang, dan paling best, Allah bukannya datangkan sales duit bergolek, tapi dia bagi pula sales jatuh, duit tak cukup dan sebagainya. Hahaha, jadi itulah cabaran dan liku yang perlu dipelajari untuk selesaikan hutang kami. Kamj jawab ujian ini dengan kesabaran dan akhirnya berjaya bebas dari hutang hutang bank yang penuh rantaian kejam.

Kesimpulannya, jika kita ditimpa sesuatu ujian, musibaj, kemalangan, kecelakaan, cubalah tanya diri sendiri, mungkin ada doa yang kita selalu baca , dan mungkin saja itulah titik permulaan kepada doa yang hendak dimakbulkan Allah.

ingatlah, alfatihah 1 ayat 1, Allah maha pemurah lagi maha mengasihani, takkanlah Allah saje nak biarkan benda teruk ni menimpa kita, tentu ada hikmahNya !!!

Related

Related Posts:

  • Cikgu Asmadi
  • LEGASI NINJASENI
  • YAKJUJ MAKJUJ, YAHUDI, BANI ISRAEL
  • SATU SEM GAGAL DAPAT 3 POINTER
  • Kisah Anak Penoreh Getah Melancong Satu Dunia !!!
  • Rahsia Kejayaan Pusat Tuisyen Hakim
  • Bersama Kanak-Kanak Shaklee
  • ISTERI KEKUATAN HATI
  • KHAZAR - Berlakon Jadi Bani Israel , Bajet Suci,…
  • Bagus Ke Facebook Page Banyak Likers ?
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes