Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

SATU SEM GAGAL DAPAT 3 POINTER

harmonikawan, June 27, 2024June 27, 2024

Bersama Itadakimas menjadi pemuzik undangan mereka semasa Battle of The Band sempena pesta konvo utm. Tahun rasanya dalam 2006, masa ini saya tahun 4 semester 2.

Semester ini adalah semester paling cemerlang dalam muzik. Mana taknya, show bersama kumpulan Houdinix bersepah . Setiap kolej, setiap jamuan, mesti nak pakai Houdinix. Jadi boleh kata busy memanjang main band dari belajar.

Bila dah banyak show nih ada juga band yang ajak saya perform bersama. Band houdinix kiranya tak join, sebab kami dah wakil UTM untuk pesta muzik universiti di Unimap Perlis. Jadi masa itu , semua ahli berpecah dulu join band lain.

Saya dilamar geng itadakimas untuk bermain lagu Sketsa sebuah cinta dari May dan Lagu Jiwa Lagu Cinta duet Mawi dan M.Nasir. Yang paling gila saya buat saya main violin dengan style yang kurang ajar juga, bawa kain naik atas stage.Malam itu kami masuk final dan mereka pilih untuk bermain lagu sketsa sebuah cinta. Akhirnya kami kalah di final.

Ada benda yanh menjadi huru hara juga bila saya bergaduh dengan awek saya ( sekarang dah jadi isteri anak 3). Ingat lagi masa tuh dia marah sebab saya selalu busy dengan band berbanding dia. Memang payah, sebab kami selalu naik bas, adalah kawan kami selamatkan kami naik kereta. Memang masalah time kalau tak dikawal.

Paling teruk bila saya tak hadir ujian kelas robotik prof joe. Masa tuh saya bagi surat sebab hadir program kebudayaan. Jawabnya saya kena perli dalam satu kelas pasal program saya tuh takda kena mengena dalam dunia robotik. Macam takde masa depanlah, hahaha . Itupun saya pun tak berapa pandai bab robotik tuh.

Jadi menjadi penutup kepada kegemilangan bermuzik bersama Houdinix, pointer saya jatuh bawah 3. Masa tuh hanya berjaya dapat 2.85 sahaja. Kalau ikutkan, 5 sem saya dapat dekan (3.5 keatas) 2 kali dapat 3 lebih dan satu sem tuh je yang bawah 3. Memang sadis total pointer adalah 3.45. Sikit lagi nak masuk dean list. Kalau masuk dean list tuh confirm dah boleh pakai medal.

Bagi saya, muzik dan pelajaran perlu seimbang. Jadi pandai pandailah urus masa. Satu pengajaran penting, jangan main muzik sambil lewa. Orang lain mungkin lain pendapat, tapi bagi saya keseimbangan penting. Jangan sampai tak habis belajar degree. Belajarlah urus masa, hahahaha. Memang kenangan !!!

Related

Related Posts:

  • ROCK N ROLL HOUDINIX
  • Amani
  • MYSPACE NINJASENI
  • ISTERI KEKUATAN HATI
  • Alfarabi Band
  • LO-FI MOHD JAYZUAN
  • Dari HOBI Menjadi NINJASENI
  • Jamming Lagu Khatulistiwa Bersama Blues Gang Hiburan…
  • PAKTAM BLUEZY MOODY
  • GENG UNIVERSITI MALAYA RUMAH PENA
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes