Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Rahsia MLM Yang Berjaya

harmonikawan, June 10, 2013July 10, 2024

Alhamdulillah, pagi dah bangun, nak sambung kerja, tapi walaupun ada rasa pening kepala tak hilang-hilang, Allah bagi kesihatan untuk sambung menulis untuk kebaikan masyarakat di luar sana. Tak sangka ada juga yang mencari dan masuk di blog saya , apa, bagaimana “Rahsia MLM yang Berjaya”. Kalau kita nak kira, banyak faktor juga sebenarnya. Saya pun tak tahulah nak cakap, tapi ada benda yang saya tahu saya kongsikan bersama anda, so anda pun kalau rasa benda ni tak betul, cuba komen di bawah, boleh kita kumpul point-point yang penting. 

1) Produk Bagus

Yang ni paling penting, produk bagus dan berkualiti. Adalah menjadi satu benda yang penting dalam direct selling ni, ialah produk yang bermanfaat. Dalam Shaklee pun, produk seperti Lecithin memang lebih kurang sama dengan produk lecithin lain di pasaran. Alhamdulillah, sebagai ahli kita dapat harga yang lebih baik, dan  juga dapat untung dari hasil jualan kepada pelanggan setia. Produk yang bagus juga di sokong oleh hasil penyelidikan yang di terbitkan di journal antarabangsa.

2) Harga Berpatutan

Saya tak nafikan, banyak produk MLM di luar sana, harga memang super duper tinggi dari biasa, susah nak kata, walaupun kualiti bagus, tapi harganya tidak munasabah, mungkin kerana nak cover balik bonus upline. Ada juga yang lebih teruk, produk tak seberapa, tapi harganya memang tak masuk akal, sebab nak untung banyak.

3) Tak perlu Iklan yang mahal

Tujuan MLM tu sendiri ialah untuk memasarkan produk dengan cara direct, man to man, dan tak perlu nak buat iklan besar-besar di jalan raya, ataupun buat iklan menggunakan artis sebagai duta. Mungkin permulaan boleh diterima, tapi MLM yang bagus ialah ahlinya membuat kerja dan menyampaikan serta berkongsi kebaikan produk kepada semua orang. Jadi syarikat tak perlu nak bayar duit promosi kepada tv atau iklan, sebaliknya gunakan duit promosi tadi untuk bayar bonus kepada ahli-ahlinya yang aktif.

4) Tak perlu modal ribu-ribu untuk jadi ahli

Sebenarnya MLM lain pun takdalah kena masuk beribu-ribu tahniah untuk mulakan business, tapi banyak golongan yang merosakkan sistem itu sendiri, dengan cara nak cepat naik pangkat, dan akhirnya jadilah macam syarikat burung yang masuk kena beribu-ribu tahniah, walaupun tiada unsur paksaan, tapi cara follow-up yang mereka buat, adakalanya mengganggu jiwa dan emosi rakyat Malaysia.

5) Boleh potong pangkat

Apa yang perlu kita faham dalam MLM seperti Shaklee ialah, downline boleh potong orang atasnya yang malas dan goyang kaki. Betul ke ? Betul, itu yang terjadi dalam kumpulan RMC kami. Alhamdulillah, siapa yang rajin, dia yang akan dapat lebih. Kalau tak, kebanyakan syarikat lain, kalau downline naik, upline angkat naik, tapi ianya tidak berlaku di Shaklee. Jadi tiada istilah Upline Goyang KAKI !!!

Penutup: Buat Pilhan yang Bijak !!

Saya rasa ramai yang tak setuju dengan sistem MLM sebegini, tapi kalau nak di bandingkan dengan kerja makan gaji, mungkin realitinya kita tak kemana pun. MLM kadangkala lebih adil, kalau cukup point dan kriteria, boleh je terus naik pangkat, tapi tak berlaku dalam kerja makan gaji. Ada yang dah cukup berpengalaman, tapi sebab politik dan masalah lain, orang yang dah cukup kriteria masih tak dapat markah bagus dan naik pangkat. Jadi fikir-fikirkanlah !!

Related

Related Posts:

  • Peluang Business
  • Getaran Cili Api
  • Cara Saya Berjaya
  • MLM SHAKLEE Merugikan ?
  • Cabaran 30 Hari Blogging
  • Cara Nak Berjaya Dalam MLM
  • PUASA 4 BULAN
  • Rahsia Kejayaan Pusat Tuisyen Hakim
  • Cara Dapatkan LIKE untuk FAN PAGE anda
  • Cara Nak Hilangkan Pening Kepala
SAUDAGAR

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes